Telegram Web Link
‼️Pesanan KKM kepada peniaga di Bazar Ramadan.

Kepada peniaga πŸ‘¨πŸ»β€πŸ³ di Bazar Ramadan pastikan perkara berikut dilakukan sebelum dan semasa berniaga bagi memastikan makanan yang disediakan bersih dan selamat.πŸ‡²πŸ‡Ύ

"PERHATI DAN LIHAT"
"LIHAT HIDU DAN RASA"
"KESELAMATAN MAKANAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Kementerian Kesihatan Malaysia
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
17 March 2024
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kenangan yang tak akan dilupakan. πŸ₯ΊπŸ˜­ Kadang datang teringat zaman tu.. macam-macam perkara pahit manis berlaku masa pkp dulu.

Ingatkan dunia dah berakhir. 😒 Betul lah setiap yang berlaku ada hikmahNya. Untuk kita lebih kuat dan bersyukur. Alhamdulillah.. ✨🀲🏻

Kredit Video : TT burhanuddinamir22
Pemuda UMNO memberi tempoh dua hari kepada pengurusan KK Mart untuk memasang kain rentang permohonan maaf di semua 881 cawangannya di seluruh negara susulan kebiadabannya menjual stoking kalimah Allah sekali gus membabitkan isu sensitiviti 3R (bangsa,agama dan raja).

Ketuanya, Dr Akmal Saleh menegaskan, jika gagal, Pemuda UMNO di seluruh negara akan melancarkan gerakan memboikot rangkaian kedai serbaneka itu sehingga ianya terpaksa ditutup.

β€œKamu (KK Mart) ada 881 cawangan seluruh negara, kita beri tempoh dua hari sahaja untuk pasang kain rentang meminta maaf kepada umat Islam di seluruh negara terhadap insiden ini.

β€œKalau gagal, kita akan pastikan boikot terhadap KK Mart akan bermula dan akan pastikan cawangan yang pertama yang akan diboikot adalah di Merlimau sampai tiada langsung orang datang sehingga ditutup,” katanya.

Sumber: Malaysia Gazette
Beli ayam bakor, potong kecik-kecik tengok ayam mentoh. Takdok ke pasei balik kena membakor pulok πŸ™„

Sumber: FB Fazidar Sabat II
Menerusi laporan cuaca panas yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat pukul 4.30 petang tadi, kawasan Pokok Sena berada dalam amaran gelombang haba.

β€œSuhu maksimum harian 37 darjah Celsius hingga 40 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” katanya dalam kenyataan di Facebook tadi.

Tambah MetMalaysia, terdapat 19 kawasan di Semenanjung berada pada tahap satu (berjaga-jaga) iaitu seluruh Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kuala Muda, Pendang dan Kota Setar) Kedah serta Perak (Kampar, Kuala Kangsar dan Kinta).

β€œTurut berada dalam senarai adalah beberapa daerah di Pahang (Raub dan Temerloh), Selangor (Kuala Selangor dan Sepang) Selangor, Kuala Lumpur dan Johor (Muar dan Batu Pahat).

β€œTahap berjaga-jaga mencatatkan suhu maksimum harian 35 darjah Celsius hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” jelas MetMalaysia.
Cuaca panas dijangka kekal hingga April

Cuaca panas ketika ini dijangka kekal hingga pertengahan April berikutan kurangnya awan yang boleh membawa hujan serta fenomena ekuinoks yang dijangka berlaku Rabu ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Ambun Dindang berkata dalam tempoh ekuinoks yang menyaksikan jangka masa siang dan malam adalah sama, matahari berada tepat pada garisan Khatulistiwa dalam proses pergerakan dari hemisfera selatan ke hemisfera utara.

Beliau berkata dalam tempoh itu suhu boleh mencecah antara 35 hingga 38 darjah Celsius bergantung kepada kehadiran awan dan hujan pada masa tersebut.

Astro Awani
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
18 March 2024
Tidak kemas kini PADU, risiko tidak dapat bantuan

Individu yang layak mendapat bantuan kerajaan tetapi tidak mengemas kini data dalam Pangkalan Data Utama (PADU) sehingga akhir bulan ini berisiko tercicir daripada pusingan pertama penentuan kelayakan bantuan selepas program subsidi bersasar dilaksanakan.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata individu yang tercicir perlu menunggu pusingan seterusnya apabila PADU dibuka kembali untuk kemas kini pada peringkat kekerapan berkala yang akan ditentukan oleh kerajaan.

Astro Awani
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
18 March 2024
NEGARA-NEGARA TEMPOH BERPUASA PALING LAMA & SINGKAT (1445 H / 2024 M)
Semoga diberikan ganjaran pahala yang besar oleh Allah SWT kepada mereka yang menyediakan juadah sahur dan berbuka puasa.

Hargailah mereka selagi ada.

Kredit: Galeri Sentuhan ArifSan
Menteri Pendidikan, FadhliΒ­na Sidek menjelaskan murid di sekolah rendah pada tahun ini akan dinilai kembali berdasarkan peratus dan gred.

Fadhlina berkata sistem pemarkahan itu menggantikan skor Tahap Penguasaan (TP) yang banyak menimbulkan persoalan di kalangan ibu bapa.

β€œBerlaku pertikaian dalam kalangan ibu bapa yang mempersoal bagaimana mahu ukur prestasi pelajaran anak mereka.

β€œSebagai contoh, TP 6 itu apa maksudnya dan selepas ini tiada lagi paparan TP sebaliknya ia dipaparkan dalam bentuk peratus dan gred,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia
Semua institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM) diminta memberi kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana memakai pakaian sukan yang sopan semasa cuaca panas berdasarkan keperluan dan situasi semasa.

Kementerian itu menerusi kenyataan berkata, ia sebagai satu langkah prihatin terhadap penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan bawah kelolaannya bagi menghadapi keadaan cuaca panas di luar jangka. Selain itu, KPM turut menasihatkan supaya sekolah-sekolah menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas.

Baca Penuh: https://malaysiagazette.com/2024/03/19/cuaca-panas-beri-kebenaran-murid-guru-guna-pakaian-sukan-kpm/

Malaysia Gazette
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
19 March 2024
Pelarasan harga beras putih import akan dilaksanakan mulai 20 Mac 2024 - KPKM
2024/10/01 18:42:49
Back to Top
HTML Embed Code: