Telegram Web Link
Berjuang itu berat. Yang beratnya bahagian menjaga hati.

Ramai yang merasakan diri pejuang.
Bawa hal-hal kebaikan.
Nasihat dan bagi panduan kepada orang lain.

Tapi dalam tak sedar dia rasa diri baik dan pandang orang lain sentiasa salah dan berdosa.

Dia kalah menjaga hati.

Allahu. Jaga hati ya.

β€’α₯«α­‘β€’ @SilentNoted
Kadang-kadang kenapa kita selalu diuji, puncanya mudah.

Sebab kita selalu lalai. Jauh dengan Tuhan.

Sembahyang pun buat ala kadar. Lambat-lambat tanpa sebab. Dok depan tv tengok drama, lalu waktu sembahyang, buat tak tahu.

Tak ada rasa bersalah lewatkan sembahyang.

Kadang sebab tu kita selalu diberatkan ujian. Allah sayang kita. Nak ingatkan kita, Dia lebih utama daripada segalanya.

Maka untuk hari ini, pasang niat untuk berubah. Utamakan urusan sembahyang daripada urusan yang lain.

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
Bismillah,

Ya Allah, takdirkanlah yang baik-baik untuk diri kami. Janganlah Engkau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui. Bukakanlah pintu-pintu rahmat-Mu untuk kami. Amin Ya Rabbal Alamin.

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
Bila kita layan orang dengan baik, sentiasa berbuat baik pada semua orang. Orang pun suka dan akan mendoakan yang terbaik buat kita. Ia baik untuk kehidupan kita. Kadangkala apa yang kita ada dalam hidup ni adalah dari doa-doa orang-orang selain dari family kita.

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
Ya Allah, dekatkanlah aku pada Al-Qur'an dan dekatkan pula Al-Qur'an padaku, agar senantiasa tenang hati dan tenteram jiwaku. Karena ia adalah al-syifa (penyembuh) yang mampu mengobati segala kesedihan dan kedukaan dalam diriku..

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
Mari mencukupkan diri pada apa yang telah dihalalkan-Nya, dan berusaha menjauh dari segala apa yang telah diharamkan-Nya. Jika memang muara tujuan kita adalah surga, semoga kita dapat menggapainya.

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
Don't be a woman with just a pretty face. The true beauty is not in the face. But it's in your heart, your taqw'a, iman, love for the deen and obeying Allah β™‘

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
Nyatanya mengejar dunia dan segala perhiasannya telah membuatmu lelah,, kejarlah akhirat, yang ENDINGNYA akan buatmu BAHAGIA, yang kebahagiaannya tak sebanding dengan kebahagiaan dunia.

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
Tadi dalam kereta dengar ceramah radio IKIM.

β€œBuat baik tak cukup untuk masuk syurga. Buat baik bukan setakat dari amalan kita, tapi hati itu sendiri kena baik.

Bersihkan hati dari segala hasad, dengki, amarah & riak. Buat kebaikan dalam keadaan hati kita ikhlas kerana Allah”

β€’α₯«α­‘β€’ @bicarabulanofficial
Awak - dunia ini memang berat untukmu. Sedang kamu nak pejam mata pun masih terfikir segala hal.

Pesan saya - bangun, ambil wudhu dan solat taubat yaa. Kemudian menangis dan mengadulah segala keluh kesahmu padaNya.

Dia Maha Mendengar Lagi Maha Melihat.

β€’α₯«α­‘β€’ @bicarabulanofficial
سيسΨͺΩ‚ΩŠΩ… Ω…Ω†Ωƒ ΩƒΩ„Ω‘ Ψ΄ΩŠΩ‰Ω” Ψ₯Ψ°Ψ§ Ψ§Ω†ΨΆΩ…Ω‘ Ψ§Ψ³Ω… Ψ§Ω„Ω„Ω‡ Ψ§Ω„Ω‰ Ω…Ψ³Ω„ΩƒΩƒ Ψ₯Ω„ΩŠΩ‡ΨŒ Ψ¨Ψ³Ω… Ψ§Ω„Ω„Ω‘Ω°Ω‡
Selama engkau melibatkan nama Allah di setiap langkahmu, semua akan baik-baik saja, bismillah.

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
Allah tak bagi harini, Dia bagi esok. Yang paling penting, bersangka baik selalu.

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
Bismillah,

"Ya Allah, permudahkanlah apa yang sulit, lapangkanlah apa yang sempit."

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
Ibadah terkadang harus dipaksa, lama-lama akan terbiasa dan barulah setelah itu hati mulai gelisah ketika hendak meninggalnya.

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
Dia boleh matikan kita bila-bila masa.

Masa kita sedang buat maksiat.
Masa kita sedang buat baik.

Bukan kira tempat. Di rumah, di jalan raya, di pusat beli belah, hatta dalam kapal terbang. Di mana sahaja.

Dan iya, langsung tidak tunggu kita bersedia. Bila masanya? Cuma Dia yang tahu.

Cuba tanya diri kita. Tak gerun ke hati kita?

Begitulah soalan yang kita tanya ke diri kita selalu. Untuk pastikan kita kekal bersedia untuk kembali ke negara asal kita, bila bila masa.

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
Jagalah solat, tidak ada ibadah yang dituntut untuk dilakukan dalam apa jua keadaan kecuali solat.

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
Hati-hati dengan maksiat, maksiat itu penghalang rezeki.
Seorang hamba bisa jadi terhalang rezekinya karena maksiat meskipun sudah bersusah payah mencarinya.

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
Perbanyak sabar dan syukurmu. Allah tidak menjanjikan kehidupan dunia ini selalu mudah, tetapi Allah menjanjikan bahwa setiap kesulitan pasti ada kemudahan.

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
Ramai orang takut kiamat datang, tapi tak jaga solat. Padahal kematian itu lagi dekat dengan kita berbanding kita.

Berhenti meramal, mulakan beramal!

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
Berusahalah jadi orang yang baik, yang beriman, yang kerap doakan buat orang lain, InsyaAllah hidup kita akan bahagia di dunia dan di akhirat.

Cukuplah pandangan Allah yang kita utamakan. Hati kita akan lebih tenang.

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
2025/01/10 09:20:45
Back to Top
HTML Embed Code: