Telegram Web Link
Bila hati lapang, segala yang berat terasa ringan. Bila hati lapang, rumah yang sempit pun boleh rasa luas. Bila hati lapang, dalam kesempitan kewangan pun boleh merasa kaya.

Bahkan, bila hati lapang kita tetap rasa sihat ketika sakit. Bila hati lapang, dalam tiada apa pun masih rasa memiliki nikmat. Haaa begitu.

Namun andai sebaliknya, hidup berkawan dengan kekayaan pun masih merasa papa kedana. Sibuk menjatuhkan orang lain yang dia rasa lebih daripada dia.

Tak boleh betul nak tengok orang lain dapat macam-macam. Hati seolah dirobek-robek melihat kelebihan orang lain.

Awak, berlapang hatilah. Jangan kecil dan sempitkan hati.

β™₯οΈπŸƒ - @airmatahijrahku
Sesekali kita kena fikirkan tentang ini;

β€œNanti setelah aku tiada, sebagai apa kalian akan mengenangkan aku?”

Begitulah sekali sekala kita memulakan hari. Jadi kita terus fikir apa yang kita nak buat hari ini, supaya nanti kita dikenang sebagai orang yang baik-baik. InsyaAllah.

β™₯οΈπŸƒ - @airmatahijrahku
Tinggalkan budaya sambutan hari jadi, nescaya hati lebih terjaga, hidup lebih bahagia.

Kerana kita tidak meletakkan sebarang pengharapan kepada manusia untuk mengingati kita.

Dan, ia juga mengelak daripada sangka buruk. Janganlah sebabkan hal ini, ukhwah & silaturahim terjejas.

β™₯οΈπŸƒ - @airmatahijrahku
Hati yang bersih, maksudnya hati yang kurang melakukan dosa. Atau ada dosa tapi segera bertaubat.

Mempunyai hati ini akan membuatkan kita menilai sesuatu dengan nilaian yang berbeza. Melihat kemusnahan yang Allah izinkan ke atas manusia, gerun rasa. Melihat musibah yang melanda kecut perut dibuatnya.

Sentiasa berdoa minta Allah terus berikan hidayah dan minta dijauhkan.

Awak, usahalah miliki hati yang ada rasa. Yang sensitif atas semua hal yang terkait dengan Allah.

β™₯οΈπŸƒ - @airmatahijrahku
ya Ψ§Ω„Ω„Ω‡, sibukkanlah aku dengan kebaikan hingga aku lupa akan kesedihan & jauhkan aku dari rasa malas hingga aku bersyukur atas keberkahan Ψ£Ω…ΩŠΩ†

β™₯οΈπŸƒ - @airmatahijrahku
Solatlah sampai solat tu rasa ringan. Solatlah sampai solat tu rasa kejap je siap. Solatlah sampai rasa semua masalah hilang. Solatlah sampai bila bagi salam rasa tenang. Buatlah sampai dapat, carilah kemanisan dalam solat.

β™₯οΈπŸƒ - @airmatahijrahku
Ali bin Abu Talib pernah ditanya tentang sifat dunia. Beliau menjawab:

Ψ­Ω„Ψ§Ω„Ω‡Ψ§ Ψ­Ψ³Ψ§Ψ¨ ΩˆΨ­Ψ±Ψ§Ω…Ω‡Ψ§ Ψ§Ω„Ω†Ψ§Ψ±

β€œSetiap yang halal pasti dihisab sedangkan yang haram pasti di neraka.”

Benda halal itu sendiri boleh jadi banyak yang buat kita ke neraka lepas dihisab teman-teman. Beringatlah.

β™₯οΈπŸƒ - @airmatahijrahku
Macam mana nak lekat solat 5 waktu?

"Jangan tinggal solat subuh. Barulah rasa sayang nak tinggal solat lain."

β™₯οΈπŸƒ - @airmatahijrahku
Ingat pesan ini : Jika kau selalu ingat kepada Allah, kau akan mendapatkan segala-galanya, tetapi jika kau lupa kepada Allah kau akan kehilangan segala-galanya.

β™₯οΈπŸƒ - @airmatahijrahku
Setiap kita tiada yang sempurna dan tidak lari dari punya sejarah tersendiri. Sentiasa lihat ke depan dan yakin pada pasangan untuk sentiasa perbaiki diri ke arah kebaikan. InsyaAllah perhubungan akan bahagia dan berkekalan.

β™₯οΈπŸƒ - @airmatahijrahku
Ketika ingin membuat dosa ingatlah 3 perkara :

1. Allah sentiasa melihat
2. Ingat mati
3. Malaikat sentiasa mencatat

β™₯οΈπŸƒ - @airmatahijrahku
Mungkin kita rasa β€˜Kering Poket’ bila bersedekah, tapi tahukah anda kelebihan sedekah?

-Memanjangkan UMUR,
-Mengundang datangnya REZEKI,
-Menolak BALA,
-Menyembuhkan PENYAKIT,
-Menambahkan PAHALA.

YAKINLAH! Duit itu saham kita di Akhirat.

Teruskan BERSEDEKAH.

β™₯οΈπŸƒ - @airmatahijrahku
Ω„Ψ±Ψ¨Ω…Ψ§ ΩŠΨΉΩˆΨΆΩƒ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ بشيئ، Ψ£Ψ­Ψ¨Ω‘ Ψ₯Ω„ΩŠΩ‘Ωƒ Ω…Ω…Ψ§ فقدΨͺ.

β€œKerapkali Allah akan mengantikan dengan sesuatu yang lebih kamu cintai daripada apa yang telah hilang darimu.”

β™₯οΈπŸƒ - @airmatahijrahku
Antara waktu doa mustajab: ketika melihat orang lain mendapat nikmat. Contoh, ada kawan kita beroleh apa-apa sahaja nikmat macam sales berjuta, berjaya graduate, berjaya temuduga, dapat kerja, dapat bonus...

time itu kau cakap tahniah, time itulah kau doa kepada Allah jugak!

β™₯οΈπŸ–‹ - @airmatahijrahku
Kenapa Ψ§Ω„Ω„Ω‡ hendak kita bertaubat?

Dia tidak mahu kita hidup selamanya dalam dosa. Dosa mampu bawa kita ke dalam kebinasaan yang terlalu pedih.

β™₯οΈπŸ–‹ - @airmatahijrahku
Dari 50 hingga 5 solat sehari. Pengorbanan besar dari Nabi kita, Muhammad ﷺ. Itu pun masih ramai yang meremehkan solat fardhu. 😒

Jom up-kan diri kita dengan tingkatkan sekali kualiti dalam amal ibadah seharian, khususnya kualiti solat 5 waktu.

-TheQowiyEmpire-
Barangsiapa yang menginginkan ketenangan, Allah sudah cukup baginya

Siapa yg mengingingkan teman duduk, Al-Qur'an sudah cukup baginya.

Barangsiapa yang ingin kaya, senantiasa merasa cukup itu sudah cukup baginya.

Bagi yang menginginkan pengingat, maka kematian cukup baginya.

β™₯οΈπŸ–‹ - @airmatahijrahku
Kembalilah kepada Allah, walaupun kau telah berbuat dosa seribu kali.

β™₯οΈπŸ–‹ - @airmatahijrahku
Peluang yang Allah beri pada kita sentiasa ada.

Andai kita bermaksiat di waktu malam, Allah beri siang agar kita kembali. Andai kita bermaksiat di waktu siang, Allah beri malam agar kita kembali.

Kerana Allah tahu kita semua tak terlepas dari dosa noda.

β™₯οΈπŸ–‹ - @airmatahijrahku
2024/12/26 20:31:12
Back to Top
HTML Embed Code: