Telegram Web Link
Jauh tiada berjarak
Dekat tiada tersentuh

Ku pandang luar tidak terlihat NYA.
Ku tilik di dalam juga tidak menjelma,
Ku pendam rasa rindu pada NYA.
Ku lalu besujud maka terpancar Nur bergema..

Aku akur akan kedhaifan ku,
Aku sujud di hadapan MU,
Engkaulah sebenarnya pencipta ku,
Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh MU..

โ™ฅ๏ธ๐Ÿƒ - @airmatahijrahku
Kurangkan masa berbincang soal orang lain, banyakkan fokus kepada perkembangan diri kita.

Berbincang tentang orang lain ada banyak kekurangan.

Jika benar, maka ia menjadi umpatan. Jika dusta, maka ia menjadi fitnah.

Maka kita sama-sama ubah diri kita jadi lebih baik.

โ™ฅ๏ธ๐Ÿƒ - @airmatahijrahku
Belajarlah diam, agar suaramu lebih terdengar. Belajarlah sabar agar tindakanmu lebih benar.

Maafkanlah kesalahan orang lain, tutup aibnya dan lupakan. Tujuan kita hidup untuk beribadah dan mengingat Allah, bukan mengingat kesalahan orang lain

โ™ฅ๏ธ๐Ÿƒ - @airmatahijrahku
Selepas kehidupan yang ada sekarang, kita ada kehidupan lain dekat alam yang lain.

Dekat kehidupan yang baru nanti, ada erti pengadilan sebenar. Oleh Tuhan yang sebenar.

Di dunia yang kita nampak ini, kita tak payah jadi Tuhan. Hukum orang sana sini. Cop orang lain itu ini. Kena dekat kau sendiri baru kau tahu erti kau tu cuma hamba sahaja. Sama macam orang yang jatuhkan hukum bagai.

Di sini, tugas kita selamatkan diri dan orang lain daripada azab maha dahsyat. Neraka tak nampak daripada alam dunia ni. Maka, tak usahkan nerakakan orang lain.

Kalian pun tak pernah tengok kan? Jadi sama-sama lah doakan orang lain yang Tuhan sedang uji. Moga semuanya Allah beri keselamatan akhirat.

โ™ฅ๏ธ๐Ÿƒ - @airmatahijrahku
Allah akan beri cinta buat mereka yang sangat sabar dan tenang dalam menerima ujian.

โ™ฅ๏ธ๐Ÿƒ - @airmatahijrahku
Bila kita berbuat baik, lupakan saja kerana amalan kita belum tentu diterima. Kalau diingat sangat, risau kita sibuk mengungkit kebaikan dan asyik menyebut jasa sendiri berulang kali.

Tapi bila kita terbuat jahat, yang ini jangan dilupakan. Supaya kita kerap bertaubat. Mengulang taubat atas salah yang sama tak mengapa. Taubat mendekatkan diri kita dengan Allah.

Lagi pula kejahatan yang tidak ditaubatkan dengan bersungguh, hukumannya di akhirat nanti. Sangat pedih.

โ™ฅ๏ธ๐Ÿƒ - @airmatahijrahku
Ya ุงู„ู„ู‡

cabut nyawa kami selepas kami selesai ibadah, sempat taubat, sempat syahadah

bukan semasa maksiat & semasa dosa

ุฃู…ูŠู†

โ™ฅ๏ธ๐Ÿƒ - @airmatahijrahku
Kita semua pendosa.

Makin kita sedar, makin dalam keinginan kita untuk masuk syurga.

Bukan dengan putus asa dan membiarkan hidup terabai dan terbuai dengan dunia.

โ™ฅ๏ธ๐Ÿƒ - @airmatahijrahku
Istiqomah tersulit adalah menjaga diri agar tidak merasa diri lebih baik dari orang lain..

โ™ฅ๏ธ๐Ÿƒ - @airmatahijrahku
Bila Allah bagi kita berduit sikit, berharta sikit bukan nak suruh menunjuk. Tapi menguji samada kita mahu bantu orang yang memerlukan atau tidak. Nak uji kita ni kedekut atau pemurah. Nak suruh kita audit diri.

โ™ฅ๏ธ๐Ÿƒ - @airmatahijrahku
Ketika kamu berbuat dosa, dan Allah akan menegurmu dengan cara-Nya.

Mungkin dengan diberi rasa kecewa, sakit hati, takut akan dampak dosa itu, dan bahkan menyesal sehingga membuatmu taubat dan kembali kepada Allah, maka itu semua bentuk kebaikan yang Allah berikan kepadamu.

โ™ฅ๏ธ๐Ÿƒ - @airmatahijrahku
Siapa pun kita di masa lalu bukan bererti kita tak layak untuk jadi yang terbaik hari ini. Begitu juga orang lain di sekeliling kita.

Siapa pun mereka dahulu bukan bermakna mereka tak layak untuk jadi soleh dan solehah hari ini dan akan datang.

Kita berbaik sangka, mereka taubatkan dosa. Kita dan mereka boleh jadi hamba yang bertaqwa.

Morning!!

โ™ฅ๏ธ๐Ÿƒ - @airmatahijrahku
Antara perkara yang diperlukan oleh seorang kawan terhadap kawannya adalah doa.

Ya, mendoakan kebaikan buat seorang kawan. Mendoakan kejayaan buat seorang kawan. Mendoakan ketenangan buat seorang kawan. Mendoakan kebahagiaan buat seorang kawan.

Moga nanti menjadi teman di syurga. Begitulah harapan kita.

Aminn ๐Ÿคฒ๐Ÿป

โ™ฅ๏ธ๐Ÿƒ - @airmatahijrahku
Orang yang menjaga sembahyang adalah golongan yang mendapat sesuatu yang sangat berharga di dunia dan akhirat.

Apa yang mereka akan dapat?

Keselamatan dunia dan akhirat.

โ™ฅ๏ธ๐Ÿƒ - @airmatahijrahku
‏ุงุณุชู…ุฑ ููŠ ุดุบููƒ ุจุชุญุณูŠู† ู†ูุณูƒุŒ ุนู„ู‰ ุงู„ุฑุบู… ู…ู† ุฃู† ุฅูŠู…ุงู†ูƒ ูŠุฑุชูุน ูˆูŠู†ุฎูุถ โ€‹โ€‹ุฏุงุฆู…ู‹ุง. ู„ุฃู† ู‡ู†ุงูƒ ู…ู† ูŠู†ุชุธุฑ ุจุฅุฎู„ุงุต ุฏุงุฆู…ู‹ุงุŒ ุฑุบู… ุฃู†ู†ุง ู„ุณู†ุง ุญุณุงุณูŠู†. ู‡ูˆ ุงู„ู…ูˆุช.

Teruslah semangat memperbaiki diri, walau iman selalu naik turun. Karena ada yang selalu setia menunggu, walau kita tidak peka. Dialah maut.

โ™ฅ๏ธ๐Ÿƒ - @airmatahijrahku
Istidraj itu apa?

"Dia selalu buat dosa dan maksiat tapi dia boleh berjaya, dia tak solat tapi rezeki dia melimpah."

Moga dijauhkan.

โ™ฅ๏ธ๐Ÿƒ - @airmatahijrahku
๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—ต..
Boleh jadi ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ถ tidak menyukai sesuatu, padahal ia baik untukmu. Dan boleh jadi engkau menyukai sesuatu, padahal ia buruk untukmu.

๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ..
๐˜ˆ๐˜“๐˜“๐˜ˆ๐˜ ๐˜”๐˜ˆ๐˜๐˜ˆ ๐˜”๐˜Œ๐˜•๐˜Ž๐˜Œ๐˜›๐˜ˆ๐˜๐˜œ๐˜ apa yg terbaik buat hamba๐˜•๐˜บ๐˜ข.

๐™ˆ๐™–๐™ ๐™–, ๐˜บ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ญ๐˜ขh

โ™ฅ๏ธ๐Ÿƒ - @airmatahijrahku
Syurga bukan percuma.
Tetapi percayalah, orang paling miskin dalam dunia ni pun boleh beli.

Kerana harganya bukan pada harta, tetapi taqwa.

โ™ฅ๏ธ๐Ÿƒ - @airmatahijrahku
Seandainya manusia tahu dan yakin tentang apa yang Allah janjikan, maka takkan ada yang hidupnya sia-sia.

Seluruh masanya akan mencari jalan supaya janji Allah itu berlaku terhadap dirinya.

Allah janjikan syurga buat orang yang memaafkan. Yakinlah, langsung maafkan.

Allah janjikan keselamatan akhirat buat mereka yang berbuat baik kepada sesiapa pun sekali pun yang tak henti hari-hari berniat jahat kepada dia. Maka teruslah berbuat baik sekali pun kepada orang yang benci kita.

Allah janjikan akhirat tanpa hisab buat yang sabar. Maka sabarlah atas janji Allah itu walau pun di dunia jiwa kita dihiris lumat.

Percayalah.
Allah tak berjanji macam kita. Janji Allah itu pasti.

โ™ฅ๏ธ๐Ÿƒ - @airmatahijrahku
Manusia akan mati, namun tulisannya akan kekal abadi.

Setiap manusia akan mengalami kematian tetapi tulisannya akan kekal selamanya.

Maka tulislah perkataan yang menyebabkan kita gembira di akhirat kelak.

โ™ฅ๏ธ๐Ÿƒ - @airmatahijrahku
2024/09/27 09:34:03
Back to Top
HTML Embed Code: