Telegram Web Link
Selalu kecewa kerana tak letakkan diri sendiri sebagai keutamaan. Utamakan diri sendiri, bukan makna pentingkan diri.

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
Bacaan al-Quran kita perlu konsisten. Bukan ketika senang sahaja atau bukan ketika susah sahaja.

Sepanjang hidup kita mesti bersama dengan al-Quran. Jika kita jauh dari membaca dan mentadabbur al-Quran, gelaplah hidup kita dari cahaya ketenangan.

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
Rasulullah bila dihidang dengan makanan yang Rasulullah tak suka, Rasulullah akan diam. Tidak mencebik, tidak menunjukkan mimik muka tak suka dan tak pernah Rasulullah menghina atau memburukkan makanan itu.

Rasulullah cuma terus makan makanan yang Rasulullah nak dan tak sentuh makanan yang Rasulullah tak suka tadi.

Nampak tak betapa halusnya akhlak Rasulullah. Itu terhadap makanan yang tidak punya nyawa. Sekali pun tak suka, Rasulullah diamkan.

Betapalah lagi kepada manusia yang punya hati dan perasaan. Kalau pun pada dia ada sifat yang Rasulullah tak suka, Rasulullah tak akan mengata, jauh lagi lah Rasulullah akan kutuk dan hina orang itu.

Lebih daripada itu Rasulullah akan doakan kebaikan dan kalau ada kesempatan, Rasulullah akan berbuat baik terus kepada orang itu.

Rasulullah bagi hadiah, ziarah ketika sakit, jaga kebajikan dan tolong bayarkan hutang pun pernah. Yang akhirnya orang itu akan sendiri berubah menjadi manusia yang lebih baik.

Hebatkan Nabi kita? Siapa lagi kita nak tiru kalau bukan Rasulullah ye dak.

Buktikan rindu kita buat Nabi dengan berazam nak ikut dan tiru cara Rasulullah. Begitulah.

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
Hati kamu galau? Kamu mahu motivasi. Yuk join sini yaβ™₯️

𝑱𝑢𝑰𝑡 β€’α₯«α­‘β€’ @BicaraBulanOfficial
2024/09/27 04:27:33
Back to Top
HTML Embed Code: