Telegram Web Link
Selalu kecewa kerana tak letakkan diri sendiri sebagai keutamaan. Utamakan diri sendiri, bukan makna pentingkan diri.

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
Bacaan al-Quran kita perlu konsisten. Bukan ketika senang sahaja atau bukan ketika susah sahaja.

Sepanjang hidup kita mesti bersama dengan al-Quran. Jika kita jauh dari membaca dan mentadabbur al-Quran, gelaplah hidup kita dari cahaya ketenangan.

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
Rasulullah bila dihidang dengan makanan yang Rasulullah tak suka, Rasulullah akan diam. Tidak mencebik, tidak menunjukkan mimik muka tak suka dan tak pernah Rasulullah menghina atau memburukkan makanan itu.

Rasulullah cuma terus makan makanan yang Rasulullah nak dan tak sentuh makanan yang Rasulullah tak suka tadi.

Nampak tak betapa halusnya akhlak Rasulullah. Itu terhadap makanan yang tidak punya nyawa. Sekali pun tak suka, Rasulullah diamkan.

Betapalah lagi kepada manusia yang punya hati dan perasaan. Kalau pun pada dia ada sifat yang Rasulullah tak suka, Rasulullah tak akan mengata, jauh lagi lah Rasulullah akan kutuk dan hina orang itu.

Lebih daripada itu Rasulullah akan doakan kebaikan dan kalau ada kesempatan, Rasulullah akan berbuat baik terus kepada orang itu.

Rasulullah bagi hadiah, ziarah ketika sakit, jaga kebajikan dan tolong bayarkan hutang pun pernah. Yang akhirnya orang itu akan sendiri berubah menjadi manusia yang lebih baik.

Hebatkan Nabi kita? Siapa lagi kita nak tiru kalau bukan Rasulullah ye dak.

Buktikan rindu kita buat Nabi dengan berazam nak ikut dan tiru cara Rasulullah. Begitulah.

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
Jangan takut kehilangan seseorang di dalam hidupmu, tetapi takutlah kehilangan Allah di dalam hidupmu, kerana itu adalah puncak kegagalan seorang hamba.

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
β€œJika tanganmu pendek untuk membalas kebaikan seseorang, maka panjangkanlah lisanmu untuk selalu mendoakannya.”

β€” Habib Ali Al Jufri

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
Ketika kita dilukai oleh manusia lain, Allah lah yang menjadi punca untuk kita bangkit.

Ketika kita disakiti oleh orang lain, Allah juga lah yang berikan kita bahagia.

Tapi dalam banyak keadaan, kita tak bersyukur pada Allah bila kita dalam tenang. Kita rasa diri kita sendirilah yang mencipta tenang. Bukan dari Dia.

Begitulah kita. Dasar manusia. Cuma ingat Allah waktu susah dan sakit.

Allahu. πŸ˜”

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
Tumpukanlah ke arah membaiki solatmu, nescaya Allah akan membaiki jalan hidupmu.

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
Kalau kau berdepan dengan keraguan, bertanya adalah perkara yang kau kena buat. Demi untuk kau dapatkan kepastian.

Sebuah hubungan tidak seharusnya bermula dengan kegagalan. Iya, ragu-ragu tentang apakah dia perlukan kau atau tidak. Maka kau pun tak berani untuk letakkan sepenuh harapan.

Jujurlah dengan diri sendiri. Kau perlukan jawapan untuk setiap hari yang kau lalui.

Maka bertanyalah. Untuk hati yang bakal kau berikan nanti, apakah dia akan sepenuhnya menghargai atau tidak.

Jika ya, kau teruskan. Jika tidak, kau berhentilah berharap.

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
Seandainya manusia tahu dan yakin tentang apa yang Allah janjikan, maka takkan ada yang hidupnya sia-sia.

Seluruh masanya akan mencari jalan supaya janji Allah itu berlaku terhadap dirinya.

Allah janjikan syurga buat orang yang memaafkan. Yakinlah, langsung maafkan.

Allah janjikan keselamatan akhirat buat mereka yang berbuat baik kepada sesiapa pun sekali pun yang tak henti hari-hari berniat jahat kepada dia. Maka teruslah berbuat baik sekali pun kepada orang yang benci kita.

Allah janjikan akhirat tanpa hisab buat yang sabar. Maka sabarlah atas janji Allah itu walau pun di dunia jiwa kita dihiris lumat.

Percayalah.
Allah tak berjanji macam kita. Janji Allah itu pasti.

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
β€œSelamatkan diri kamu dan keluarga kamu daripada seksa api neraka.”

Begitulah yang disarankan. Atau lebih nyata dan hakiki, begitulah yang diwajibkan ke atas setiap kita.

Selamatkan dan bawa jauh-jauh, jangan dibawa hampir kepada api neraka.

Kerana api neraka itu bukan api mainan, bukan api masak-masak, bukan api ditiup-tiup boleh padam. Neraka tempat hukuman, tempat yang sangat dahsyat.

Sebagai manusia biasa, kita tak terlepas daripada dosa. Namun pintu taubat juga Allah buka luas.

Bertaubatlah.

Menangislah kerana dosa kita. Mengaku berdosa itu tidak salah, bahkan baik kerana akan menjadikan kita cepat bertaubat.

Sekali lagi, bertaubatlah.
Selagi usia masih ada.

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
Manusia mencari bahagia dengan pelbagai cara. Merata tempat. Ada yang masuk hutan, keluar dari kampung, panjat bukit, pergi ke lautan dan ada yang dari bandar balik ke kampung.

Tapi bahagia dicari tak juga ditemui.

Bahagia itu sebenarnya sangat dekat. Cuma perlu melihat pada diri sendiri. Ada begitu banyak anugerah yang Tuhan telah beri.

Cukup makan minum, ada tempat tinggal, ada keluarga, sihat dan masih mampu melakukan amal ibadah. Itulah bahagia.

Berhenti bandingkan dengan orang lain. Apa yang ada pada kalian, itulah kebahagiaan yang istimewa khas untuk kalian. Dan iya kena selalu ingat itu semua daripada Tuhan.

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
Jangan takut kehilangan seseorang di dalam hidupmu, tetapi takutlah kehilangan Allah di dalam hidupmu, kerana itu adalah puncak kegagalan seorang hamba.

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
Insya Allah, lebih kurang 99 hari lagi sebelum kita bertemu dengan Ramadan.

Pastikan kita segerakan ganti puasa yang berbaki, dekatkan diri kepada al-Quran, latih diri puasa sunat dan bangun malam.

Allahumma ballighna Ramadan.
Ya Allah, sampaikanlah kami kepada Ramadan.

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
Ya Rabb,
Jika aku melakukan dosa yang menghalangi kebahagiaanku dan menghalangi terkabulnya doaku, maka ampunilah aku.

Ya Rabb,
Sucikanlah diriku dari dosa, dan ubahlah keadaanku menjadi keadaan yang engkau cintai.

KuasaMu lebih kuat daripada kelemahanku dan rahmatMu lebih

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
Kita diberikan nikmat mata, untuk melihat macam-macam perkara.

Termasuklah untuk kita menilai orang lain dengan mata. Bukan semata-mata dengan telinga.

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
Jika iblis gagal membuat orang jadi jahat, maka ia akan membuat orang merasa paling baik.

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
Salah satu penyakit jiwa yang bahaya ialah sukakan populariti atau disebut syuhrah.

Para salaf menyebut, "Tidak akan mendapat kemanisan akhirat bagi seseorang yang menyukai untuk dikenali manusia."

Lebih musibah bilamana yang mengejar populariti ini orang yang sampaikan agama.

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
Dua solat yang paling susah untuk dijaga oleh orang munafik adalah solat Isya dan solat Subuh.

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
Serious talk! Surah Al - Waqiah bila kau mengaji setiap malam sebelum tidur. Rezeki tu akan datang dalam macam2 bentuk yang kau tak sangka, so unexpected. Please amalkan guys setiap hari. Surah Al - Mulk also! 🫢

β€’α₯«α­‘β€’ @AirMataHijrahku
2024/12/24 03:26:34
Back to Top
HTML Embed Code: