Telegram Web Link
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
(video) Soalan : Bilakah umat Islam akan menang di Palestin?

Jawapan oleh Habib Abu Bakar Bin Ali Al-Masyhur

🇵🇸🏳🏴🇵🇸🏳🏴🇵🇸🏳🏴

@AhmadHarisChannel
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Inilah orang hebat yang berjasa kepada semua orang di dunia yang berhaji dan umrah, agar telapak kakinya tidak kepanasan.

Allahu Akbar!

@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
Forwarded from Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸 (Ahmad Haris)
Deep di Aidil 'Adha..

"Bang, cuci cermin?" Ujar pam attendan Petronas pada aku.

"Oh ok."

"Nama siapa?" Tanyaku.

"Ibrahim."

"Sedap nama awak. Macam nama nabi Ibrahim."

Dia senyum.

"Dulu saya lahir waktu hari raya korban, sebab tu mak saya bagi nama Ibrahim."

"Abang ada korban ini tahun?"

"Ada."

"Abang bagus."

"Kamu?" Tanyaku.

"Ada bang. Tiap tiap tahun."

"Wahhh ... hebat. Banyak duit kamu?"

"Duit tak banyak bang. Makan pun tak cukup. Tapi saya simpan tiap tiap bulan."

"Alhamdulillah."

"Saya sayang nabi. Sebab nabi bagi saya agama."

Terkedu. Aku diam. Insaf.

Aku tenung wajahnya dalam dalam, saat dia menghabiskan mencuci cermin keretaku.Terlihat aku kejernihan. Kesungguhan dan kesolehan yang lekat diwajah nya.

Seorang yang bergaji rm900 mencintai nabinya! Kita?

Aku letak pam. Hulur rm5.

Terima kasih. Kerana cuci cermin saya dan cuci hati saya.

Dalam kereta, tak sedar aku titiskan jua airmata lelaki ku yang jauh tersembunyi dalam kolam ruh nya yang hampir kering.

😭😭

Malu ke diri sendiri. Kereta ada 2 biji, moto ada sebiji. Roadtax boleh hidup tiap2 tahun.

Korban? Tak cukup duit..Allahu..



#muhasabahdiri
#cnp


Telegram: @AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸

Twitter/IG/Fb : @ahmadhaaris1435
"Allah TIDAK membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

Surah Al-Baqarah : Ayat terakhir no.286

@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
Sudah 9 bulan berlalu,

Telah dibunuh kejam puluhan ribu,

Kebuluran sehingga maut,

Nenek tua dibiarkan diserang anjing tanpa dibantu!

Di kala umat Islam menunaikan ibadah Haji dalam bersatu,

Rupanya itu cuma luaran saja tak lebih dari zahir yang itu,

Dalam hati pemimpin Arab masih memikirkan dunia sebagai hala tuju,

Tentera-tentera umat Islam (khususnya Arab) tak berganjak sedikit pun walau melepaskan sebutir peluru!

Baginda Nabi SAW telah mengatakan 1400 tahun lalu,

"Umatku ramai tapi bagaikan buih dan menjadi hidangan musuh dari segenap penjuru."

Ya Allah, hindarkan kami dari penyakit wahan. Iaitu cintakan dunia dan bencikan maut. 🤲

@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hijrah-lah kerana Allah semata-mata, bukan kerana manusia. ~ Ustaz Wadi Anuar

Jika hijrah kerana manusia pasti takkan kekal.

#sebarkan

@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Berbakti kpd ibubapa itu no.1.

Berbahagialah kepada anak yg masih ada ibu dan ayahnya dan dia dapat berbakti kepada keduanya.

Rugi dan celakalah kepada anak yg masih ada ibu dan ayahnya tapi dia mengabaikan keduanya.

Anak-anak yang kecil melihat dan mencontohi ibubapanya melayan datuk dan nenek. Jika baik layanan yang dilihat, baik juga akan dibalas nanti kpd ibubapanya, sebaliknya na'uzubillah min zalik.

@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
Jangan lupa puasa Hari Asyura(10 Muharam) esok.

Paling baik jika tambah sehari sebelum(9 Muharam) atau sehari selepas(11 Muharam).

Daripada Abu Qatadah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:

وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ

Maksudnya: “Dan berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah agar ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang sebelumnya.”
[Riwayat Muslim (1162)]

Daripada Ibn Abbas R.anhuma, berkata:

صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ، صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا، أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا

Maksudnya: “Berpuasalah pada hari Asyura’ dan berselisihlah padanya dengan orang-orang Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.”
[Riwayat Ahmad (1134)]

Jemput LIKE & SHARE video ini di Facebook.

Terima kasih.

https://www.facebook.com/share/r/fzKw8c28p2xgHwhi/?mibextid=qi2Omg

@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
Forwarded from Nadir Al-Nuri (Nadir Al-Nuri)
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Dulu saya selalu sebut, Gaza ni mustahil jadi macam Somalia, ia bumi berkat yang Allah jaga. Hari ini saya terpaksa menelan butir kata.

Gaza masih kekal berkat tapi umat yang tempang dan cacat, tak mampu melakukan apa-apa menghentikan kezaliman sang penjajah terlaknat.
Forwarded from Nadir Al-Nuri (Nadir Al-Nuri)
Esok lusa akan cecah 40,000 😭
Forwarded from MyAqsa Defenders
#TerkiniGaza | Hari ke-299 Taufan Al-Aqsa 🇵🇸🕊

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

(Dan janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh di jalan Allah itu mati, tetapi mereka itu hidup dan diberi rezeki oleh Tuhannya)

Pergerakan Penentangan Islam Hamas memaklumkan kepada semua rakyat Palestin, umat Arab dan Islam di seluruh dunia yang menyokong kebebasan

Saudara kami, Ismail Haniyeh Pemimpin telah meninggal dunia dalam serangan khianat Zionis ke atas kediamannya di Tehran, selepas beliau selesai menyertai upacara perasmian presiden baharu Iran.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Ia adalah jihad, kemenangan atau syahid

Gerakan Penentangan Islam - Hamas

Rabu: 25 Muharram 1446 Hijrah
Sepadan dengan: 31 Julai 2024 Masihi

Sumber : Shehab

#IsraelCuak #TaufanAlAqsa #AllEyesOnRafah
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Rakaman video bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Ismail Haniyeh, Ketua Biro Politik Hamas ketika mengimamkan solat beberapa tahun lalu.

Hari ini beliau syahid di Tehran.

Hari ini, Allah mengangkat darjatnya dengan gelaran syahid, membenarkan ayat yang dibacanya ini.

﴿وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ﴾
[ آل عمران: 169]

"Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki." [Al Imran: 169]

Kredit video: Quds News Network

#IsraelCuak #TaufanalAqsa

@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
Ustaz Haris upload movie Bilal ni untuk tontonan semua. Memang tak sama 100% dengan kisah benar. Sangat bagus untuk tontonan anak-anak.

Tonton movie ni antara sebab anak² Ustaz Haris minat dengan sirah sahabat Nabi. Kartun animasi yg best macam ni bukan kanak-kanak je suka, bapak pun suka juga. First time tengok memang tak berganjak, part perang Badar paling best!

#sebarkan

@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
Forwarded from Nadir Al-Nuri (Nadir Al-Nuri)
Hati-hati tertipu.
Berikut ini adalah wasiat dari pemandu trak Jordan yang membunuh 3 polis Israel:
“Untuk ibuku dan ayahku tercinta.

Maafkanlah aku dan berbahagialah denganku, karena aku adalah seorang syahid, Insya Allah, dan segala puji bagi Allah.

Aku ingin kalian tidak mengingatku, tetapi mengingat posisiku, mungkin itu akan abadi dan menjadi motivasi bagi para pemuda bangsa Arab kita dan para pemuda Jordan khususnya untuk mengambil sikap terhadap penjajah Zionis yang melakukan pembantaian paling mengerikan terhadap saudara-saudari kita, anak-anak dan wanita di Gaza dan Palestin.

Saudara-saudaraku, para pemuda Arab, jika kalian tidak merasakan agama di dalam diri kalian, maka biarlah ada kecemburuan [atas apa yang terjadi pada orang-orang kita] dan kesopanan di antara kalian.
Saudaramu, Maher Thiyab Al-Jazi”

https://www.bharian.com.my/amp/dunia/asia/2024/09/1296001/warga-jordan-bunuh-3-pengawal-israel-ditembak-mati
2024/09/20 18:24:55
Back to Top
HTML Embed Code: