Telegram Web Link
Forwarded from Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸 (Ahmad Haris)
JANGAN PUTUS DOA INI SEPANJANG RAMADHAN

اللهم باركلنا في شهر رمضان و بلغنا ليلة القدر

"Allahumma bariklana fi shahri Ramadhan wa ballighna lailatul qadr"

“Ya Allah, berkatilah kami sepanjang bulan Ramadhan ini & temukanlah kami dengan Malam Al-Qadar"



Telegram : @AhmadHarisChannel
Twitter/Tiktok/IG/Fb : @ahmadhaaris1435
TARIKH PECUTAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN !!!
Jom hidupkan 10 malam terakhir Ramadhan dengan beriktikaf di masjid. Kebanyakan masjid mengadakan qiyamullail berjemaah dan sediakan sahur. Jangan lepaskan peluang sahabat!

@AhmadHarisChannel 🇵🇸
ZIKIR SEPANJANG RAMADHAN 10 MALAM TERAKHIR / ZIKIR MALAM LAILATUL…
zikir-sepanjang-ramadhan-10-malam-terakhir-zikir-malam-lailatul-qadar.mp3
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
UAS kata "Baginda Nabi SAW dalam solatnya membaca Al-Fatihah dengan lagu Jiharkah." Subhanallah merdunya ❤️
🔴 LIVE Khatam Al-Qur'an diikuti Doa Birrul Walidain bersama Ustaz Haris, Guru Bertauliah & Bersanad Anda

Rabu 10.00 mlm | 29 Ramadhan 1444H | 19 April 2023
https://fb.watch/j-Hk869Mt7/?mibextid=Nif5oz

🌟 Sebarkan manfaat kepada ramai lagi ahli keluarga, rakan dan sahabat anda di Group FB & Whatsapp untuk sama-sama join FB Live 😄
.
📌 Nak sertai KELAS MENGAJI IQRA'/QUR'AN ONLINE ONE-TO-ONE ?
p/s: Terhad kepada 10 orang peserta sahaja ya! 😍
Tekan link di bawah sekarang ⤵️
http://www.wasap.my/60189190080/NakNgajiOnline
"Ya Allah, janganlah Engkau jadikan Ramadhan ini sebagai Ramadhan yang terakhir dalam hidupku. Seandainya Engkau berketetapan sebaliknya, maka jadikanlah Ramadhan ini sebagai Ramadhan yang dirahmati bukan yang hampa semata-mata." ❤️🤲
SELAMAT HARI RAYA 'AIDIL FITRI 1444H.

MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Semoga 'Aidul Fitri ini milik kita semua. 😊

ليس العيد لمن لبس الجديد
ولكن العيد لمن تقواه يزيد

'Aidil Fitri bukanlah milik orang yang memakai segala sesuatu yang serba baru.
Tetapi, 'Aidul Fitri adalah milik orang yang ketakwaannya kepada Allah bertambah setelah Ramadhan berlalu.


تقبل الله منا ومنكم
كل عام وانتم بخير

"Semoga Allah menerima amal ibadah kami dan ibadahmu, semoga kebaikan selalu meliputimu sepanjang tahun."

Ucapan khas dari saya,
Ustaz Ahmad Haris
Bin Abdul Kadir

@AhmadHarisChannel 🇵🇸
Saya beraya di Muar, Johor, Malaysia. Sahabat semua beraya di mana? 😊
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1444H

MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN

تقبل الله منا ومنكم
"Semoga Allah menerima amal ibadah kami dan ibadahmu"

كل عام وانتم بخير
"Semoga kebaikan selalu meliputimu sepanjang tahun."

Ucapan khas dari kami,
Seluruh asatizah Kelas Mengaji Al-Jauhar

FB page : https://fb.watch/k5BAdDpSAg/?mibextid=Nif5oz
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Video : Burung pun benci bendera Israhell !! Negara yg tak layak wujud di muka bumi !!!
1 HARI 1 HADIS

SELASA
1️⃣8️⃣ SYAWAL 1444H
0️⃣9️⃣ MEI 2023



Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda:

أَعْمَارُ أُمَّتِـي مَا بَيْنَ السِّتِّيْنَ إِلَى السَّبْعِيْنَ وَأَقَلُّهُمْ مَنْ يَجُوزُ ذَلِكَ

"Umur umatku antara 60 hingga 70 dan sedikit dari mereka yang melebihi itu.”

(HR: Tirmidzi, no. 3550; Ibnu Majah, no. 4236)
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jangan bandingkan kejayaan orang lain dgn diri kita..

Kerna setiap bunga tidak mekar serentak,

Bulan dan bintang juga tidak bersinar bersama.

Setiap seorang ada masanya tersendiri untuk berjaya.

Yg wajib kita lakukan ialah usahanya.

Pepatah arab mengatakan
"Man jadda Wa jada" maksudnya "Barangsiapa bersungguh-sungguh pasti berhasil".

Sampai masanya tiba kita juga akan pasti berjaya, insya Allah!

@AhmadHarisChannel 🇵🇸
Guru dan Pahala Yang Berterusan


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak soleh yang selalu mendoakannya." (HR Muslim No: 3084) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap Muslim bergantung dengan amal yang mereka lakukan semasa hidup.

2.  Ada amalan yang dilakukan oleh seorang Muslim semasa hidup akan berterusan mengalir pahalanya walaupun dia telah meninggal:

a.  Sedekah yang pernah kita buat semasa hidup sama ada berbentuk wakaf, derma, pemberian, hadiah dan sebagainya. Selagi ia dimanafaatkan oleh makhluk samada manusia, binatang mahupun tumbuhan, ganjaran pahalanya akan tetap berterusan untuk orang yang mati.

b.  Ilmu bermanfaat sama ada ilmu agama mahupun ilmu dunia yang digunakan untuk kemaslahatan hidup termasuk buku, artikel, juga dalam bentuk elektronik seperti laman sesawang, FB, telegram, whatsapp.    Selagi ilmu tersebut diamalkan atau faedahnya dimanfaatkan, maka ganjaran pahala akan diperolehi oleh mereka yang menyampaikan atau yang memulakan.

c.  Anak solleh yang sentiasa mendoakan rahmat dan keampunan kepada kedua ibu bapa.

3.  Jazakumullahu khairan katsira kepada guru sama ada yang mengajar di Nurseri, Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Kelas Mengaji, Madrasah, Masjid dan Surau, Institusi Pengajian Tinggi seperti Kolej, IPG, dan  Universiti. Juga kepada setiap individu yang menyampaikan ilmu yang bermanfaat.

Semoga usaha para penyampai ilmu yang bermanfaat, akan menjadi penerus amal yang mendatangkan ganjaran pahala berterusan walaupun setelah meninggal dunia.
2024/09/22 13:25:46
Back to Top
HTML Embed Code: