Telegram Web Link
APA KELEBIHAN SURAH AL-MULK?
.
Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud: “Al-Quran mengandungi satu surah terdiri daripada 30 ayat yang akan mensyafaati pembacanya sehingga dia diampunkan iaitu Tabarakallazi biyadihil Mulk.”
(Riwayat Abu Dawud, Ahmad, at-Tirmizi, Riyadh as-Salihin oleh Imam Ahmad)
.
Diriwayatkan oleh Jabir r.a bahawa sudah menjadi kebiasaan Rasulullah SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca Tabarakallazi biyadihil Mulk dan Alim Lam Miim Sajadah.
(Ahmad, Tirmizi dan Darimi)
.
Saidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al-Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan daripada Allah SWT di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada Surah Al-Mulk.”
.
Sekiranya seseorang itu selamat daripada seksaan di alam barzakh, dia juga selamat untuk menghadapi permulaan akhirat yang lebih besar dan dahsyat.
.
Jika seseorang itu sudah menerima seksaan di alam barzakh, maka sudah pasti dia juga tidak akan selamat menghadapi kecelakaan lebih besar menunggunya selepas itu.
.
Maka, Nabi ﷺ mengajarkan kita beberapa cara untuk selamat ketika berada di alam barzakh, antaranya membaca Surah Al-Mulk pada setiap malam.

Wallahu a'lam.

.
#throwback #ramadhan

(Lebih jimat data anda dengan menonton video melalui link instagram/twitter di telegram)
https://www.instagram.com/p/B_Zas8xpA7o/?igshid=1xjr4agst93wf


JOM HAFAL AL-MULK
👆(klik & download mp3 surah Al-Mulk)

@AhmadHarisChannel 🍃
Forwarded from Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸 (Ahmad Haris)
Surah Al-Mulk
Qari : Mohammed Toha Al-Junaid
Ahlan wa sahlan kpd anda yg baru join Ahmad Haris channel.. 😊

Ada audio mp3 Al-Quran 30juzuk, surah2 pilihan, lagu & cover versi islamik boleh download ada di Pinned Message dan byk lagi lagu belum masuk list blh lihat di media bahagian audio.
Forwarded from Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸 (Ahmad Haris)
Surah Al-Mulk
Qari : Mohammed Toha Al-Junaid
Zikir Yang Diajar Kepada Juwairiyah
======
1. Pernah suatu ketika Rasulullah keluar untuk menunaikan solat subuh dari rumah isterinya Saidatina Juwairiyah dan Baginda dapati, Juwairiyah sedang duduk ditempat solatnya.

2. Apabila selesai solat subuh (ketika waktu Dhuha), Rasulullah pulang ke rumah dan mendapati Saidatina Juwairiyah masih ditempat duduknya (sama seperti keadaan Rasulullah keluar dari rumah tadi).

3. Lalu Rasulullah bertanya kepadanya: "Apakah kamu masih seperti ini ketika aku keluar tadi?" Juwairiyah menjawab: Ya. Lalu Rasulullah mengajarkan Juwairiyah satu zikir yang sekiranya diucapkan tiga kali sahaja sudah sama pahalanya dengan apa yang Juwairiyah bacakan sepanjang hari. Lafaz zikir tersebut ialah:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ

4. Menurut al-Qastalani, zikir ini mengandungi empat elemen utama yang meliputi (1) hitungan jumlah makhluk (2) keluasan redha Allah, (3) timbangan Arasy (4) jumlah kalimahNya. Seakan-akan kita berharap tasbih yang diungkapkan meliputi segenap aspek di atas.

5. Mulla Ali al-Qari pula menjelaskan bahawa mereka yang mengungkapkan zikir ini akan memperolehi pahala yang luas sepanjang hari (atau sepanjang pagi atau lebih). Kata beliau:

لَتَرَجَّحَتْ تِلْكَ الْكَلِمَاتُ عَلَى جَمِيعِ أَذْكَارِكِ وَزَادَتْ عَلَيْهِنَّ فِي الْأَجْرِ وَالثَّوَابِ

"kalimah zikir yang diajarkan Baginda Nabi itu akan melampaui zikir-zikir yang dibaca oleh engkau (wahai Juwairiyah) bahkan lebih banyak pertambahan dari sudut ganjaran dan pahala." (Mirqah al-Mafatih)

6. Amalkan zikir yang diajarkan oleh Baginda Nabi buat isterinya ini. Semoga Allah membimbing kita.


Kredit: Dr. Ahmad Sanusi Azmi
@drahmadsanusiazmi

@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
Khabar Duka Buat Seluruh Umat Islam

إنا لله وإنا إليه راجعون
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Telah kembali menghadap pencipta Sheikh Dr Yusuf al-Qardawi sebentar tadi.

Didoakan semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan Almarhum bersama para anbiya.

Al-Fatihah

https://www.astroawani.com/berita-dunia/ulama-tersohor-dunia-yusuf-alqaradawi-meninggal-dunia-382908
Forwarded from Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸 (Ahmad Haris)
Lirik Lagu Insya Allah – Maher Zain (Versi Bahasa Melayu)

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Ulang Chorus

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Ulang Chorus

=====================

🎤 @ahmadharischannel 😊
Sabda baginda Nabi ﷺ,

Aku kagum akan perkara seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara orang mukmin itu adalah baik baginya, dan keadaan itu tidak ada pada seorang pun kecuali pada orang mukmin.

Jika ia mendapatkan kemudahan, maka ia bersyukur, dan hal itu adalah kebaikan baginya.

Dan jika ia tertimpa kesempitan, maka ia akan bersabar, dan hal itu juga merupakan kebaikan baginya."

(HR. Ahmad: 18171)

Telegram @ahmadharischannel

Twitter•IG•Tiktok•Fb
@ahmadhaariss1435

http://hadits.in/ahmad/18171
Forwarded from Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸 (Ahmad Haris)
Lagu : Assalamu'alaika Ya Rosulallah
Artis : Maher Zain
Youtube : https://youtu.be/xwg9Lf5ruUE


رَقَتْ عَيْنَايَ شَوْقاً
Roqqot 'aina ya shawqon
Kedua mataku penuh kerinduan

وَلِطَيْبَةَ ذَرَفَتَ عِشْقاً
Wa li-toibata zarafata 'ishqon
Dan menitiskan air mata kerana hilang Toiba

فَأَتَيْتُ إِلَى حَبِيْبِيْ
Fa'ataitu ila habibi
Aku datang menuju kekasihku

فَاهْدَأْ يَا قَلْبُ ، وَرِفْقاً
Fahda' ya qolbu wa rifqon
Ketenteraman, Sanubariku dan menjadi lemah lembut

==============

صَلِّ عَلَى مُحَمَّدْ
Solli 'ala Muhammad
Berselawatlah kepada Muhammad

السَّلَامُ عَلَيْكَ يَا رَسُوْلَ اللهْ
Assalamu'alaika ya , Ya Rosullallah
Semoga diberikan keselamatan atasmu Wahai Rasulullah

السَّلَامُ عَلَيْكَ حَبِيْبِيْ يَا نَبِيَ اللهْ
Assalamu'alaika habibi , Ya nabiyallah 2X
Semoga diberikan keselamatan atasmu duhai kekasihku, wahai Nabi Allah

يَا رَسُوْلَ اللهْ
Ya Rosullallah
Wahai Rasulullah

============

قَلْبٌ بِالْحَقِّ تَعَلَّقْ
Qolbun bil haqqi ta'allaq
Hati yang melekat pada kebenaran Mutlak

وَبِغَارِ حِرَاءَ تَأَلَّقْ
Wa bi ghori hira'a ta'allaq
Dan yang mulai bersinar dalam Gua Hira

يَبْكِيْ يَسْألْ خَالِقَهُ
Yabki yas'alu kholiqohu
Menangis dan meminta (kepada) PenciptaNya

فَأتَاهُ الْوَحْيُ ، فَأشْرَقْ
Fa'atahul wahyu fa'ashraq
Maka ketika wahyu datang kepadanya dia bersinar

اِقْرَأْ اِقْرَأْ يَا مُحَمَّدْ
Iqra' iqra' ya Muhammad
Bacalah, bacalah wahai Muhammad!

السَّلَامُ عَلَيْكَ يَا رَسُوْلَ اللهْ
Assalamu'alaika ya ,Ya Rosullallah
Semoga diberikan keselamatan atasmu Wahai Rasulullah

السَّلَامُ عَلَيْكَ حَبِيْبِيْ يَا نَبِيَ اللهْ
Assalamu'alaika habibi ,Ya Nabiyallah
Semoga diberikan keselamatan atasmu duhai kekasihku, wahai Nabi Allah

رَسُوْلَ اللهْ
Ya Rosullallah
Wahai Rasulullah

=============

يَا طَيْبَةُ جِئْتُكِ صَبّاً
Ya thoibatu ji'tuki sobba
Wahai Toiba (Madinah) aku datang kepadamu yang sakit dari kerinduan

لِرَسُوْلِ اللهِ مُحِبّاً
Li-Rosulillahi muhibba
Untuk Rasulullah yang sangat dicinta

بِالرَّوْضَةِ سَكَنَتُ رُوْحِي
Bir-raudhoti sakanatu ruhi
Di Raudhah (makam Nabi) tenanglah jiwaku

وَجِوَارِ اْلهَادِي مُحَمَّدْ
Wajiwaaril hadi Muhammad 2X
Dan tinggallah kami dengan Petunjuk Muhammad
==============

السَّلَامُ عَلَيْكَ يَا رَسُوْلَ اللهْ
Assalamu'alaika ya ,Ya Rasulallah
Semoga diberikan keselamatan atasmu Wahai Rasulullah

السَّلَامُ عَلَيْكَ حَبِيْبِيْ يَا نَبِيَ اللهْ
Assalamu'alaika habibi ,Ya nabiyallah 2X
Semoga diberikan keselamatan atasmu duhai kekasihku, Wahai Nabi Allah

يَا رَسُوْلَ اللهْ
Ya Rosulallah
Wahai Rasulullah




Telegram : @AhmadHarisChannel
Twitter/IG/Fb : @ahmadharis1435
Blog : https://ahmadharis1435.wordpress.com
IBLIS ITU SANGAT ALIM

Jika engkau bertanya tentang Al'Quran kepada iblis, dia akan menerangkan dengan sangat jelas,kerana iblis tahu bila ayat itu turun dari langit.

Jika engkau bertanya tentang ilmu hadith kepada iblis, dia akan menjelaskannya,
kerana iblis tahu asbabul wurud dari hadith itu.

Jika engkau bertanya tentang kisah para nabi, iblis akan dapat menceritakannya kerana dia sudah ada sejak nabi Adam masih berada dalam syurga.

Iblis ahli Quran...
Iblis ahli hadith...
Iblis ahli riwayat...
Iblis alim/pandai dalam segala ilmu...

Tapi iblis tidak pernah menjadi kekasih Allah, kerana dalam diri iblis ada kalimat...

“AKU LEBIH BAIK DARI KAMU”

Semoga sedikit ilmu yang dititipkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dihati kita tidak menjadikan kita sombong dalam segala urusan...

Kita juga akan faham bahwa ilmu tak menjamin seseorang itu menjadi taat dan soleh serta di kasihi Allah.

Yang aku takut...
hatiku kian mengeras dan sukar menerima nasihat, namun sangat pandai menasihati orang lain..

Yang aku takut...
aku merasa paling benar, sehingga merendahkan yang lain.

Yang aku takut... ego ku terlalu tinggi, hingga merasa paling baik di antara yang lain.

Yang aku takut...
aku lupa bercermin diri sendiri, namun sibuk berprasangka buruk kepada yang lain.

Yang aku takut...
ilmuku akan membuatku menjadi sombong dgn memandang yang lain lebih rendah ilmunya dari ku.

Yang aku takut... lidah ku makin lincah membicarakan aib orang lain, namun lupa dengan aib ku yang menggunung.

Yang aku takut...
aku hanya hebat dalam berkata namun buruk dalam perbuatan.

Yang aku takut...
aku hanya cerdas dalam mengkritik, namun lemah dalam memperbaiki diri sendiri.

Yang aku takut...
aku membenci dosa orang lain, namun bila aku sendiri yang membuat dosa aku tidak pula membencinya.

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala sentiasa menyedarkan ku sehingga aku lebih rajin menilai kelemahan dan keburukan diri ku sendiri daripada menilai keburukan orang lain.
Aamiin.....

SELALULAH MELIHAT KE DALAM HATI..

Credit: Dr Amirul Amin & FB tanyalahustazustazah


Semoga Allah merahmati sahabat dunia dan akhirat. Amin ya Allah 😊

@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
Selamat Menyambut Maulidur Rasul sahabat semua ☺️
Selamat Menyambut Maulidur Rasul, hari kelahiran baginda Rasullullah Muhammad ﷺ yang sangat kita cinta.

Sebenarnya tak perlu timbul isu siapa yg mula2 raikan Maulidur Rasul kerana hanya sekadar memperingati dan meraikan kelahiran insan yang kita sayang bukanlah kesalahan dalam Islam, apatah lagi dia insan yang paling mulia iaitu Rasulullah ﷺ sendiri.

Tetapi ada suara2 negatif yang mengatakan.. "Sambut Maulid Nabi itu ikut bid'ah daripada ajaran Syi'ah" jadi para ulama' menjawab dengan jelas itu adalah fitnah. Rujuk video jawapan Ustaz Abdul Somad di atas okeyy.

@AhmadHarisChannel 🍃
2024/09/22 21:28:05
Back to Top
HTML Embed Code: