Telegram Web Link
TAKZIAH kepada keluarga arwah yg terkorban dalam insiden ini..

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Inna lillahi wa inna ilaihi roji’uun

Sesungguhnya kita milik Allah dan sungguh hanya kepada-Nya kita akan kembali.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُمْ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُمْ، وَأَدْخِلْهُمُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُمْ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ

Ya Allah ampunilah mereka, rahmatilah mereka, selamatkanlah mereka dan maafkanlah mereka dan masukkan mereka ke Syurga, peliharalah mereka dari siksa kubur dan siksa Neraka.”

Allahumma Aamiin

@AhmadHarisChannel
Forwarded from Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸 (Ahmad Haris)
Puisi : TEGUHKAN HATIMU
30 Mac 2018 / 12 Rejab 1439


Sudah penat aku mencari
Redha manusia kanan dan kiri
Hingga menghancurkan hati
Dilihat hidup tapi mati

Tetapi itu kisah dulu
Yang terus ku ingat setiap waktu
Moga ia akan jadi pembantu
Meneguhkanku meniti hari-hari kini yang penuh berliku

Kita semua ada perjuangan dan liku tersendiri

Tiada siapa yang layak berkata aku lebih kuat diuji

Kerana Yg Maha Kuasa hanya menguji hamba-Nya atas kemampuan diri

Setiap kali kau jatuh
Yakinlah kau mampu berdiri

Setiap kali kau mengeluh
Yakinlah kau tidak sendiri

Fikirkan dalam-dalam dilubuk hati
Apalah kiranya ujianku ini
Dibandingkan dengan ujian para Nabi
Sedangkan tubuh Nabi Zakaria digergaji
Dan Nabi Ibrahim dihumban ke dalam api
Juga tubuh paling mulia baginda Nabi Muhammad ﷺ direjam batu hingga mengalir darah ke kaki !

Sedangkan aku masih sihat & bernyawa hanya memikirkan diri
Alangkah rugi!
Memenjara jasad dan jiwa tanpa kemudi iLahi

Tinggalkan kamar gelap pemikiranmu itu
Kerna yang penat itu hanya hati & aqalmu

Walhal jasadmu itu
Telah lama sedia untuk maju
Meninggalkan masa lalu yang sekali-kali takkan mampu diubah oleh dirimu



Telegram : @ahmadharischannel
Twitter : @ahmadhaariss1435
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bila burung yang sudah tua dan tidak lagi mampu untuk terbang mencari makan . Tiada pernah wujud rumah penjagaan untuk burung yang sudah tua. Subhanallah , secara semulajadi tanpa perlu diajar anak burung yang kecil akan memberinya makan . Mesej yang hebat daripada alam semulajadi ciptaan ALLAH SWT. Subhanallah...!!!

@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
Zikir Tidurkan Anak Menangis (Lullaby For Babies)
60minit lagu Zikir Tidurkan Anak.. dengan ibu ayah sekali boleh tidur 😁

Boleh reply emoji 😍 kalau anda dah download
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kenapa doa tidak dimakbulkan?

Comei video ni 😊
Doa Masuk Bulan Rejab

Doa yang kita boleh amalkan ketika memasuki bulan Rejab adalah seperti berikut :

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ
Allahumma baarik lana fii rajabi wasya’ban wa ballighna ramadhan

Maksud : Ya Allah, Berkatkanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.

@AhmadHarisChannel 🇵🇸
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Ibu dan ayah selalu menipu anaknya..

Baliklah berjumpa mereka supaya anak tidak terus ditipu.

Sungguh malu dan sedih jika si anak tahu keadaan sebenar ibu ayahnya bila keduanya telah tiada..

Menyesal tidak berguna lagi


Pesanan ikhlas dari saya,
Ustaz Ahmad Haris.

@AhmadHarisChannel 🇵🇸
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Hebatnya fadhilat membaca Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x & Allahu Akbar 33x selepas solat fardhu. Sebarkan.

@AhmadHarisChannel 🇵🇸
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Subhanallah ❤️

No musical instruments .. No sound effects… No technology… Yet it sounds so melodious. just pure human voices.
99 names of ALLAH, recited by the group.

@AhmadHarisChannel 🇵🇸
🕌 MALAM NISFU SYA'BAN 🕌

Hari : Selasa Malam Rabu (bermula Maghrib), 07 Mac 2022.
Malam ke 15 bulan Sya'ban.

"Jom kita banyakkan berdoa pada malam ini semoga Allah ampunkan segala dosa kita, kedua ibu bapa kita dan seluruh umat Islam dan dimudahkan segala urusan saudara-saudara kita yang diuji dgn bencana banjir."


🌼 Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
 
يَطَّلِعُ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ فِيْ لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيْعِ خَلْقِه إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ

“Allah SWT melihat makhluk-Nya pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”.
[Sahih Ibn Hibban, no. Hadith 5665]


===================

Tarjih hukum hadith

Kami cenderung untuk mengatakan bahawa hukum hadith ini sahih dengan kesemua jalur-jalurnya yang lain dan ini menunjukkan bahawa hadith ini mempunyai asal. Walaubagaimanapun, kelebihan malam nisfu Sya’ban adalah sabit namun amalan tertentu/khusus pada malam tersebut adalah tidak ada sama sekali melainkan amalan yang bersifat umum seperti memperbanyakkan zikir, istighfar kepada Allah SWT, solat-solat sunat, berdoa, bersedekah dan lain-lain lagi.

===================

Pendapat ulama’ berkaitan kelebihan malam nisfu Sya’ban
 
Telah berkata Imam al-Syafie rhm :
“Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam jumat, malam al-Adha, malam al-Fitri, malam awal bulan Rejab, dan malam nisfu Sya’ban”.
[Lihat: al-Um, 1:264]

 
Ibnu Rajab rhm. mengatakan: 
"Berkaitan malam nisfu Sya’ban, pada zaman dahulu para tabi’in daripada penduduk Syam, seperti Khalid bin Ma’dan, Makhul, Luqman bin Amir, dan beberapa para tabi’in yang lain memuliakannya (malam tersebut) dan mereka bersungguh-sungguh beribadah pada malam itu”.
[Lihat: Lathaif al-Ma’arif, 247]


===================

Pendapat ulama’ berkaitan solat sunat ar-Raghaib (الرغائب)

Hadith berkaitan dengannya adalah palsu sebagaimana dihukum oleh Imam al-Syaukani , Imam Ibn al-Jauzi dan ramai lagi dalam kalangan ahli hadith. Selain itu, Imam Ibn al-Qayyim juga menyatakan bahawa antara hadith-hadith palsu adalah hadith berkaitan solat pada malam nisfu Sya’ban. [Lihat al-Manar al-Munif, 98]

Ringkasan dpd artikel asal https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/1121-irsyad-al-hadith-siri-ke-70-kelebihan-malam-nisfu-sya-ban

===================

🕋 Berdo'alah dengan khusyu'... Meminta apa yang tersirat dalam hati. Kerana malam nisfu Sya'ban adalah malam yang dikabulkan semua doa & hajat yang diinginkan.


Kerana pada malam ini Allah Ta'ala menurunkan pengampunan kepada seluruh penduduk bumi terutama kepada hamba-hambaNya yang soleh.

🌼 Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amir Al-Ansori ra, ia berkata bahwa Rasulullah ﷺ bersabda,

مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ

“Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya.”
(HR. Muslim no. 1893)


Allahumma bariklana fi Sya'ban wa ballighna Ramadhan

Amin ya robbal 'alamin.

Jemput subscribe
@AhmadHarisChannel 🇵🇸

#sebarkan #nisfusyaban #covid19
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Rezeki tidak pernah salah orang atau masa.. Semuanya telah ditetapkan oleh Allah.

Jika kita usaha lebih akan mendapat lebih dari yang ditetapkan, jika sekadar menunggu hanya dapat sekadar yg ditentukan oleh Allah.

Semuanya telah diketahui oleh Allah Yang Maha Mengetahui sebelum kita diciptakan.

@AhmadHarisChannel 🇵🇸
ADA 10 JENIS REZEKI
(Part 1)

1) Rezeki Yang Telah Ditetapkan Allah

Jika Allah dah tetapkan rezeki kepada seseorang, Allah akan pasti berikan walau diluar logik aqal manusia dan seluruh dunia takkan mampu menghalangnya.

Ingat tak hadis Nabi ﷺ pasal
4 perkara yang telah ditetapkan semasa manusia di dalam kandungan lagi?

Terjemahan hadis ;
"Sesungguhnya setiap kamu dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya dalam keadaan air mani selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi seketul darah selama empat puluh hari, kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari. Kemudian diutus kepadanya malaikat untuk ditiupkan kepadanya roh dan (malaikat) diperintahkan untuk menetapkan empat perkara: Menetapkan rezekinya, ajalnya, amalnya dan kesudahannya sama ada derita atau bahagia."
(HR Muslim)

🍃🍃🍃
2) Rezeki Yang Diberikan Allah Tidak Dikira Kepada Siapa Pun Yang DikehendakiNya

Allah bersifat Ar-Rozzaq( الرزاق ) iaitu Maha Pemberi Rezeki, Dia memberikan rezeki kepada siapa pun yang Dia kehendaki tanpa mengira samada dia muslim atau non-muslim.

Betapa Maha Pemurahnya Allah..

زُیِّنَ لِلَّذِینَ كَفَرُوا۟ ٱلۡحَیَوٰةُ ٱلدُّنۡیَا وَیَسۡخَرُونَ مِنَ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ۘ وَٱلَّذِینَ ٱتَّقَوۡا۟ فَوۡقَهُمۡ یَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِۗ وَٱللَّهُ یَرۡزُقُ مَن یَشَاۤءُ بِغَیۡرِ حِسَابࣲ

Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira.
[Surah Al-Baqarah : Ayat 212]

🍃🍃🍃
3) Rezeki Kerana Usaha

وَأَن لَّيۡسَ لِلۡإِنسَـٰنِ إِلَّا مَا سَعَىٰ (٣٩)

“Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah  diusahakannya.”

[Surah An Najm: Ayat 39]

🍃🍃🍃
4) Rezeki Kerana Berkahwin

وَأَنكِحُواْ ٱلۡأَيَـٰمَىٰ مِنكُمۡ وَٱلصَّـٰلِحِينَ مِنۡ عِبَادِكُمۡ وَإِمَآٮِٕڪُمۡ‌ۚ إِن يَكُونُواْ فُقَرَآءَ يُغۡنِهِمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ۬ (٣٢)

“Dan nikahkanlah orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, orang-orang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan.  Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya.  (Surah An Nur: Ayat 32)

🍃🍃🍃
5) Rezeki Kerana Anak

وَلَا تَقۡتُلُوٓاْ أَوۡلَـٰدَكُمۡ خَشۡيَةَ إِمۡلَـٰقٍ۬‌ۖ نَّحۡنُ نَرۡزُقُهُمۡ وَإِيَّاكُمۡ‌ۚ إِنَّ قَتۡلَهُمۡ ڪَانَ خِطۡـًٔ۬ا كَبِيرً۬ا (٣١)

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya membunuh mereka satu kesalahan besar.”
[Surah Al-Isra': Ayat 31]

🍃🍃🍃
6) Rezeki Kerana Istighfar

فَقُلۡتُ ٱسۡتَغۡفِرُواْ رَبَّكُمۡ إِنَّهُۥ كَانَ غَفَّارٗا (١٠)
يُرۡسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيۡكُم مِّدۡرَارٗا (١١)
وَيُمۡدِدۡكُم بِأَمۡوَٲلٍ۬ وَبَنِينَ وَيَجۡعَل لَّكُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ وَيَجۡعَل لَّكُمۡ أَنۡہَـٰرً۬ا (١٢)


"Aku berkata (kepada mereka): Mohonlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun" (10)
"(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu"(11)
"Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)."(12)

[Surah Nuh: Ayat 10,11,12]

🍃🍃🍃
7) Rezeki Ditambah Kerana Bersyukur

وَاِذْ تَاَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ  لَاَزِيْدَنَّـكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ اِنَّ عَذَابِيْ لَشَدِيْدٌ

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras"."
(QS. Ibrahim: Ayat 7)

@AhmadHarisChannel 🇵🇸
ADA 10 JENIS REZEKI
(Part 2)

🍃🍃🍃
8) Rezeki Digandakan Kerana Bersedekah

مَّن ذَا ٱلَّذِی یُقۡرِضُ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنࣰا فَیُضَـٰعِفَهُۥ لَهُۥۤ أَضۡعَافࣰا كَثِیرَةࣰۚ وَٱللَّهُ یَقۡبِضُ وَیَبۡصُۜطُ وَإِلَیۡهِ تُرۡجَعُونَ (٢٤٥)


“Siapakah yang memberi pinjaman kepada Allah,  pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan memperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya kamu dikembalikan.”
(Surah al-Baqarah:Ayat 245)

🍃🍃🍃
9) Rezeki Bertambah Kerana Menghubungkan Silaturrahim

Pesanan Rasulullah ﷺ dalam sabdanya yang bermaksud:  “Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim.”
(HR Bukhari dan Muslim)

🍃🍃🍃
10) Rezeki Yang Tidak Disangka Kerana Bertaqwa Kepada Allah

..وَمَن یَتَّقِ ٱللَّهَ یَجۡعَل لَّهُۥ مَخۡرَجࣰا (٢)
(وَیَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَیۡثُ لَا یَحۡتَسِبُۚ.. (٣)

“Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya). Dan memberikan rezeki kepadanya daripada jalan yang tidak disangka.”
(Surah At-Tholaq, ayat 2-3)

#sebarkan
#ilmurezeki

@AhmadHarisChannel 🇵🇸
DOA DIKURNIAKAN REZEKI DENGAN RASA CUKUP & BERKAT

@AhmadHarisChannel 🇵🇸
2024/09/22 21:17:50
Back to Top
HTML Embed Code: